Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Perintis Sistem Pengurusan Klinik Bergerak

 

BANGI – Sistem digital Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kini aktif dalam fasa percubaan di lokasi pertama, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

MAPIM, sebagai perintis dalam teknologi pengurusan klinik bergerak, menggunakan sistem pengkomputeran awan untuk menyelaras semua data pesakit dalam satu pusat data yang komprehensif. Sistem ini dikawal selia oleh Jabatan Strategik MAPIM (MAGIC).

Menurut Dr. Kamarudin bin Isa, sistem ini mempercepatkan proses pemeriksaan pesakit dan masa menunggu dapat diminimumkan.


Antara pesakit yang menerima rawatan adalah Che Fatanah binti Che Kob, 61, yang berpuas hati kerana tidak perlu menunggu lama.


Abdullah bin Musa, 57, juga menyatakan kepuasannya terhadap rawatan yang diterima, sambil memuji doktor yang memberikan nasihat terperinci dan perkhidmatan yang laju.

“Inovasi pertama kerjasama Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records. Kali ini, ia hadir dengan pelbagai penambahbaikan, terutamanya dengan sistem digital ini. Saya menyasarkan lebih ramai dapat menerima manfaat dengan nilai tambah yang dikuasakan oleh MAPIM,” kata Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery.

Program ini diharap dapat terus berkembang dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada komuniti di masa hadapan.

Related Articles

Back to top button