DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kini tiba di Taman Bukit Cheras

CHERAS : Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah tiba di Masjid Al-Mubarakah di Cheras.

Program kali ini dimeriahkan lagi dengan penganjuran Program Minggu bersama Komuniti yang dilaksanakan oleh pihak masjid tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan azan, memanah, perlawanan ping pong, memasak dan hafazan.

Menurut pengerusi masjid tersebut, Dato’ Haji Mohd Kamal Shukor, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM atas khidmat yang disediakan.

“Alhamdulillah, saya mewakili Masjid Al-Mubarakah ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIWP kerana menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma penduduk di sini.

“Kami bersyukur sangat kerana ramai peserta yang hadir hari ini dan program hari ini berjalan lancar, katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Dalam pada itu, beliau turut berharap bahawa program seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Seramai 65 orang pesakit telah hadir untuk mengambil peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan sebanyak 10 sukarelawan bertugas termasuk 2 doktor yang berkhidmat dalam program itu.

Oleh : Zul Fikre


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button