RamadanSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM imarahkan program di Masjid Al-Hasanah

BANGI: Inisiatif bas double decker Mobile Clinic milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada kariah di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada Ahad, 9 April lalu.

Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti sempena Karnival MAPIM bersama Masjid yang telah diadakan sepanjang menyambut bulan suci Ramadan.

Seramai lebih 100 pengunjung yang datang bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan konsultasi secara percuma oleh 2 orang doktor sukarelawan MAPIM yang berpengalaman bersama 6 sukarelawan MAPIM yang lain.

Menurut Ustaz Mohamad Hilmi Rizal bin Salahuddin, Penolong Setiausaha Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, program Mobile Clinic ini adalah satu usaha yang sangat baik daripada pihak MAPIM dan pihak masjid sangat mengalukan kerjasama yang sangat baik ini kerana dapat memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli kariah di sini.

“Bila kita buat di masjid ini, ia memudahkan kerana orang ramai tidak perlu pergi ke pusat kesihatan sendiri, mari sini dan dapatkan rawatan serta ubat-ubatan secara percuma sahaja,” katanya.

“Layanan yang diberikan sangat bagus, doktor dan sukarelawan sangat profesional memberikan perkhidmatan dan pemeriksaan yang sangat teliti.”

“Saya harap program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana ternyata dapat memberi impak yang baik kepada semua,” ulas Abdul Rahman Sulaiman, 60.

Kunjungan bas double Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kali ini merupakan kehadiran ke-2 kalinya ke Masjid Al-Hasanah di atas kerjasama baik diantara MAPIM dan pengurusan Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

“Mobile Clinic pada kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan saya mendapat kes-kes yang lain sikit daripada yang biasa saya rawat sebelum-sebelum ini. Saya sangat berpuas hati kerana dapat memberikan perkhidmatan serta konsultasi profesional kepada mereka-mereka yang memerlukan ini,” kata doktor yang bertugas, Dr Kamaruddin Isa, 62.

Ternyata inisiatif bas double decker Mobile Clinic yang diinspirasikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al-Kahery ini berjaya memberikan khidmat dan rawatan kesihatan percuma kepada ummah dan dalam masa sama menyantuni golongan yang memerlukan rawatan terutamanya golongan asnaf.

BACA JUGA
Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM satu inovasi yang terbaik

 

Related Articles

Back to top button