Misi SOS temukan MAPIM Malaysia dan Perkim Kapar
Santuni lebih ramai penduduk Kapar yang terjejas
KLANG : Demi meluaskan lagi sayap bantuan kepada golongan terjejas, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kapar bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Dun Kapar, Klang, semalam.
Menurut Setiausaha PERKIM Kapar, Ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy, beliau melihat kerjasama ini adalah platform terbaik bagi menyalurkan bantuan kepada lebih ramai keluarga di sekitar Kapar yang terjejas akibat pandemik ini.
“Kita juga berharap kerjasama ini akan berterusan ke siri yang seterusnya iaitu memberi bantuan makanan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), yang kini sarat dengan pesakit Covid-19.” – Ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy
“PERKIM berhasrat MAPIM Malaysia dapat bersama untuk memberi bantuan kepada barisan petugas hadapan di HTAR dan pesakit yang terkandas menunggu di luar wad kecemasan,” tambahnya ketika ditemu bual UmmahToday semalam.
Sementara itu, menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol :
“MAPIM Malaysia berterima kasih kepada pihak PERKIM KAPAR di bawah naungan Ustaz Razif kerana memaklumkan bahawa di Kapar ini ada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan dan kita pun sedar bantuan ini bukanlah menyelesaikan masalah ia hanya sekadar meringankan beban, juga memberi senyuman sahaja kepada mereka. Ia juga tanda ada masyarakat yang cakna akan keadaan dan kesusahan penduduk Kapar ini.” –Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol
Sebanyak 100 pek makanan disampaikan meliputi barang keperluan asas termasuk sebekas tong air mineral dalam Misi Bantuan SOS di Klang.
Misi ini merupakan jalinan siri pertama PERKIM Kapar bersama MAPIM Malaysia.
Oleh : Nurshazlin Shahrom
_______________________________________________________________________________________________________
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038