Misi jalinan ukhwah MAPIM Rangers Malaysia ke Pantai Timur
Pada awalnya hanya kerana minat kepada kenderaan pacuan empat roda, kini minat itu dibawa ke arah matlamat yang lebih besar.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers Malaysia bergerak ke negeri pantai timur bagi meneruskan hasrat memperkembangkan sayap MAPIM Rangers ke tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi mencari solusi untuk memastikan bantuan kemanusiaan di setiap negeri akan lebih siaga.
Misi yang bermula pada Jumaat melibatkan kelab pertubuhan pacuan empat roda Pahang, Kelab Pencinta Haiwan serta Kelab Sahabat Telekung Kuantan yang mana giat dalam kerja-kerja menyantuni masyarakat di seluruh negeri Pahang.
Program istimewa ini juga turut disertai Jabatan Kebajikan Malaysia.
Tidak berhenti di situ, misi diteruskan ke negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan serta kecantikan pulau.
Ketibaan MAPIM Rangers disambut baik komuniti pacuan empat roda yang dikenali sebagai Kumpulan Terjoh 4×4 Kuala Terengganu dibawah pimpinan Jihadi Shafiee.
Difahamkan Kelab Terjoh 4×4 Kuala Terengganu ini mempunyai ahli lebih 60 orang.
Selepas ini, MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers akan bergerak ke negeri serambi Mekah bagi meneruskan jalinan silaturrahim demi kerja kemanusiaan.