BanjirDomestikKemanusiaanSemasa

Misi Bantuan Kemanusiaan MAPIM Malaysia bergerak ke Ipoh

IPOH : Aktivis sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan MAPIM Rangers hari ini hadir ke Taman Desa Impian, Bercham, Ipoh yang baru-baru ini dilanda banjir kilat.

Misi kali ini diiringi Timbalan Presiden MAPIM Malaysia, Ustaz Zulkifly Ibrahim disusuli Penasihat MAPIM Rangers, Mejar (Bersekutu), Azari Abd Aziz dan Ketua MAPIM RANGERS Cawangan Perak, Johari Jamaludin.

Menurut Mejar Azari, gerakan misi di Ipoh kali ini, bertujuan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan mengagihkan kotak bantuan bagi mengurangkan bebanan dan tekanan mereka.

“Banjir yang berlaku sebelum ini banyak memberi kesan kepada penduduk seperti perabot rosak dan sebagainya, jadi tujuan misi hari ini adalah untuk santun menyampaikan kotak bantuan.

“Pemberian bantuan ini juga bukan untuk menyelesaikan masalah (mangsa bah), tetapi untuk meraikan mereka dan semua agenda pada hari ini, datang daripada individu yang baik hati memberi sumbangan kepada MAPIM dan kita salurkan balik kepada mangsa bencana.” katanya.

Sebanyak 250 kotak bantuan akan diagihkan dengan kekuatan jentera 20 pacuan empat roda, berpecah ke tiga kawasan bagi melancarkan lagi perjalanan pengagihan bantuan.

Tambah Johari Jamaludin, misi pasca banjir kali ini melibatkan ahli-ahli daripada Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah, serta sukarelawan Perak sendiri.

“MAPIM Rangers cawangan Perak juga sangat menggalakkan ahli sukarelawan daripada pihak luar untuk turut membantu, tidak semestinya perlu ada jentera pacuan empat roda atau kenderaan lain, sekurang-kurangnya menjadi ‘supporter’ membantu dari segi tenaga kerjasama pun sudah cukup.” ujarnya.

Misi Bantuan pasca banjir MAPIM Malaysia akan diteruskan lagi ke kawasan yang terkesan akibat bencana bah berlaku.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button