KemanusiaanPalestinSemasa

Mgmotorgraphics dan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Negeri Kelantan (GPPBK) beri sumbangan kepada Gaza melalui MAPIM Malaysia

Sebanyak RM 18K disumbangkan kepada MAPIM

Bangi : Sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, terutamanya di Gaza, sentiasa berterusan. Ini menunjukkan keprihatinan terhadap isu Palestin bukanlah bermusim seperti dakwaan sesetengah pihak.

Pada 21 Jun lalu, MAPIM Malaysia telah menerima sumbangan untuk Gaza sebanyak RM18,629.00 daripada Design and Print Mgmotorgraphics Sdn Bhd. Syarikat ini menghasilkan baju rasmi dan juga baju konvoi untuk kelab-kelab motosikal. Mereka terkenal dalam kalangan kelab-kelab motosikal di kawasan Pantai Timur,

Muhamad Tarmizi bin Mahmud, pengurus Mgmotorgraphics berkata, sumbangan untuk Gaza ini adalah hasil daripada kolaborasi antara Mgmotorgraphics dan Gagasan Pasukan Permotoran bersatu negeri Kelantan (GPPBK). GPPBK ialah pertubuhan gabungan antara kelab-kelab motosikal di Pantai Timur yang terdiri daripada 15 buah kelab iaitu Rider Generation, Speed Lover, Fullthrottle, Underground Riders, Sexpistols Garage, Ladiesroad, TMRider, KBMaskRider, KbSpeedThrottle, MIRRacing, Violence Racing, The Saka Club, Street Brothers, Chucky Garage, dan Malacca Rider.

Kolaborasi mereka menfokuskan pada jualan amal baju untuk saudara Palestin yang ditindas. 

Menurut Encik Tarmizi, idea jualan amal ini beliau peroleh semasa melihat video keganasan Israel yang menyerang penduduk Palestin yang sedang menunaikan solat Jumaat.

Daripada situlah mereka mendapat ilham menghasilkan corak hadapan baju tersebut yang menunjukan perjuangan rakyat Palestin terhadap kekejaman Israel. Pada baju itu juga mereka meletakkan nama-nama peperangan yang telah berlaku antara Palestin dan israel.

Setiap pembelian baju khas yang berharga RM45.00 sehelai itu, sebanyak RM5.00 akan disumbangan pada tabung Gaza.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Sekali lagi masyarakat permotoran, terutamanya motosikal membuktikan bahawa mereka sangat prihatin dengan nasib saudara kita di Palestin. Kami di MAPIM Malaysia sendiri, selama ini memang sentiasa menyokong segala aktiviti permotoran asalkan ia tidak melanggar undang-undang. Kami juga sangat terharu dan kagum dengan kolabarasi antara Mgmotorgraphics dan GPPBK dalam usaha mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Mereka bukan sahaja gagah di jalan raya, tetapi juga gagah dalam menyatakan sokongan kepada Palestin. Kami sangat berterima kasih kepada mereka. Semoga semangat dan perjuangan mereka menjadi contoh kepada rakyat Malaysia.”

Dalam hal yang berkaitan, MAPIM Malaysia sudah menyediakan sumbangan 40 buah kontena bantuan untuk rakyat Palestin

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button