Semasa

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan bahaya di Kelantan

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keluarkan Amaran Hujan Berterusan (bahaya) di Kelantan bermula hari ini sehingga esok.

Manakala, Amaran Hujan Berterusan (buruk) di empat kawasan lain di Kelantan iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu pula membabitkan kawasan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang sehingga Sabtu.

Pada masa sama, Amaran Hujang Berterusan (Waspada) dijangka  berlaku di Perlis, Kedah iaitu di kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling sehingga Sabtu.

Di Perak, kawasan Hulu Perak,di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang sementara di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin serta di seluruh Johor.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di jangka berlaku sehingga Ahad ini di Sabah iaitu di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Related Articles

Back to top button