BanjirSemasa

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap buruk & waspada

Tahap buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang & Mersing, Johor.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di dua kawasan dan amaran hujan tahap waspada di sembilan kawasan sehingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan Mersing, Johor.

“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang,” katanya.

Menurut MetMalaysia di Johor, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.


“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin di pantai timur Semenanjung dan persisiran perairan Sarawak dijangka menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan,” jelas
Ketua Pengarah MET Malaysia dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikemaskini melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 11 November 2022.

Pada masa yang sama negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam sepanjang minggu ini.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusiAkaun Maybank562263540066TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button