KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka hingga 12 Februari ini berikutan luruan angin timuran.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, menerusi kenyataan menjelaskan pihaknya mengemaskini amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Berdasarkan maklumat terkini, katanya, amaran hujan berterusan dan tahap waspada berkuat kuasa sehingga hari ini membabitkan kawasan empat daerah di Sabah, iaitu Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/DsaXnCswTL
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 6, 2022
“Amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa mulai esok sehingga Selasa ini pula meliputi kawasan Rompin, Pahang, selain dua daerah di Johor iaitu Mersing dan Kota Tinggi.
“Keadaan cuaca yang lembap ini berpotensi menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah di kawasan-kawasan terbabit,” katanya hari ini.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today