Semasa

MET Malaysia beri amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor

KUALA LUMPUR :  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, mulai hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata sembilan kawasan di Kelantan dijangka berdepan hujan berterusan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala, di Terengganu ia melibatkan semua kawasan, jelasnya.

Pahang pula membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin, manakala di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

“Angin dari timur laut diramalkan akan menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang. Banjir mungkin berlaku di kawasan rendah di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button