Mesir diserang kala jengking
ASWAN : Ribut yang melanda Mesir telah membawa kala jengking dari tempat persembunyian ke kawasan kediaman sehingga menyebabkan lebih 500 individu dimasukkan ke hospital akibat disengat serangga beracun itu.
Namun, tiada kes kematian dilaporkan dan kesemua 503 pesakit dibenarkan keluar hospital selepas menerima suntikan dos antibias.
Menurut Gabenor Aswan, Mejar Jeneral Ashraf Attia, banjir buruk itu turut memaksa pihak berkuasa menutup sekolah pada Ahad.
#Egypt🇪🇬 : Health official in Aswan has told #BBC that the heavy thunder & hail storm there washed scorpions into the streets & people’s homes – causing 400 people to be stung – in the rains scorpions seek refuge anywhere they can.
Seems like #Biblical 🤔
pic.twitter.com/ulQfPYXtrv— Watchman (@Judmir3) November 13, 2021
Orang ramai digesa tinggal di rumah dan mengelakkan tempat yang mempunyai banyak pokok.
Untuk rekod, Mesir adalah habitat kepada kala jengking ekor gemuk iaitu antara spesies paling berbahaya di dunia kerana racun daripada ekornya boleh membunuh manusia dalam masa kurang daripada satu jam.
Individu yang disengat boleh mengalami gejala seperti kesukaran bernafas, otot berkedut dan pergerakan kepala yang luar biasa.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar