DuniaSemasa

Selongkar tanah, cari puluhan yang hilang …

Tanah runtuh ragut nyawa tentera Vietnam

HANOI: Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mencari mangsa tanah runtuh di Vietnam ekoran banjir besar yang menenggelamkan bandar Hanoi minggu lalu.

Usaha mencari berterusan dilakukan selepas Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc pada Ahad menggesa misi mencari dan menyelamat mangsa dipergiatkan.

Bencana tanah runtuh melanda wilayah Thua Thien, Hue dan Quang Tri, tercetus selepas hujan lebat sejak sebulan lalu di kawasan tanah tinggi yang kini sudah pun meragutĀ  beberapa nyawa dan menyebabkan puluhan yang lain hilang.

Lebih menyedihkan terdapat anggota pasukan mencari dan menyelamat turut menjadi korban.

Sebelas anggota tentera hilang dipercayai tertimbus tanah apabila berek diduduki lenyap, pada pagi Ahad.

Kejadian disifatkan berlaku secara tiba-tiba disusuli dengan bunyian dentuman kuat, dan kedua selepas awal minggu lalu.

Sebelum ini, 13 pegawai dan tentera yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat serta dua pekerja pembinaan maut.

Manakala 15 lagi yang lain dilaporkan hilang di loji kuasa hidro Rao Trang di wilayah Thua Thien.

Sementara itu katanya seramai 22 pegawai dan anggota tentera dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di daerah Huong Hoa, wilayah Quang Tri yang berlaku pada Ahad pagi.

Beliau yang sedih dengan kejadian itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan masih hilang.

Hujan lebat diramal berterusan dalam beberapa hari lagi, mencetuskan risiko tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan tanah tinggi di wilayah tengah Vietnam.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button