Memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia
Hukum memuliakan tetamu adalah wajib dah hal ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT serta hari akhirat.
Tetamu adalah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput. Menerima dan melayani tetamu merupakan sikap serta amalan yang amat digalakkan.
Memuliakan tetamu sangat dianjurkan oleh Nabi SAW. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya :” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat makan jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.”
Riwayat Al-Bukhari (6136)
Berdasarkan hadis ini, di antara kesempurnaan iman adalah mempunyai sifat suka memuliakan tetamu. Kata Al-Munawi :
“Iaitu dia hendaklah memuliakan tetamunya sama ada kaya atau miskin. Sambut tetamu dengan wajah yang ceria, beri hadiah dan membalas ziarah tersebut dengan menziarahi dan bertandang ke rumah tetamu tersebut.”
Rujuk Faidh Al-Qadir (6/209)
Jadi sambutlah tetamu dengan menunjukkan muka yang manis, memberikan layanan yang baik seperti menyambut tetamu di muka pintu, sediakan tempat duduk yang sesuai dan selesa, menjemput tetamu masuk dengan mesra serta menyediakan jamuan mengikut kemampuan.