Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan negeri Melaka akan beralih ke fasa dua manakala Negeri Sembilan akan beralih ke fasa tiga di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara berkenaan dalam Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.
Tambah beliau, negara kini berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan berdasarkan kadar purata kebolehjangkitan (R-naught) semasa di seluruh negara.
“Alhamdulillah, hari ini buat pertama kalinya selepas beberapa bulan, R-naught di seluruh negara berada di bawah 1.0 dan saya yakin kita berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalam pada itu, sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar