ISTANBUL: Setiap daripada kita mempunyai cara menyambut tahun baru sama ada secara kecil-kecilan atau sederhana.
Lebih menginspirasikan, masyarakat Islam di Turki menyambut tahun baru dengan penuh kerohanian dan barakah apabila ramai jemaah menunaikan solat fardhu subuh pertama untuk 2022 di Masjid Hagia Sophia, Istanbul, Turki.
Beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2022, Bahagian Hal Ehwal Agama Turki menyeru masyarakat Turki untuk sama-sama memulakan tahun baru dengan menunaikan solat subuh di mana-mana masjid sekitar Turki.
Selain itu, pelbagai sambutan tahun baru cara Islam yang boleh dilakukan seperti tidak melibatkan hiburan melampau, pembaziran duit dan sebagainya di seluruh dunia.
Antaranya solat hajat dan munajat, mengadakan ceramah agama dan festival sunnah.
Ia bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT untuk memberi rahmat serta berkat kepada hamba-Nya dan masyarakat Islam di seluruh negara agar dijauhkan daripada segala musibah dan bencana.
Perbuatan masyarakat Islam di Istanbul ini memberi gambaran dan contoh yang terbaik serta sihat kerana tidak menjejaskan keselamatan atau kesihatan.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today