DuniaSemasa

Pembunuhan bersiri masyarakat Islam di Albuquerque, Amerika

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

New Mexico: Masyarakat Islam di Albuquerque kini hidup dalam ketakutan selepas empat orang Islam dibunuh secara tragis.

Seorang penduduk, Muhammad Imtiaz Hussain mengatakan dia takut melangkah keluar dari rumahnya di Albuquerque walaupun hanya untuk menyiram tanamannya.

Sumber: Nytimes

“Anak-anak saya tidak membenarkan saya pergi ke luar apartmen walaupun untuk mengambil buku di dalam kereta, atau menyiram pokok bunga.”  Imtiaz, 41 tahun.

Adik Imtiaz iaitu Muhammad Afzaal Hussain, 27, antara yang maut ditembak minggu lalu. Adiknya yang tinggal beberapa blok dari rumahnya antara empat lelaki Islam yang terbunuh baru-baru ini di bandar tersebut.

Menurut sumber washingtonpost, tiga orang terbunuh dalam tempoh dua minggu lalu. Pihak berkuasa tempatan percaya bahawa kematian tersebut berkait antara satu sama lain dan menyasarkan masyarakat Islam.

Ketua Polis Albuquerque, Harold Media menyatakan kejadian tersebut amat memalukan dan pihaknya memandang serius semua maklumat yang diperolehi bagi membantu penyiasatan.

Berkongsi kepada Associated Press, Harold mengatakan bahawa tiga pembunuhan terbaru menggunakan modus operandi yang sama iaitu menyerang hendap tanpa amaran, menembak dan membunuh mangsa.

Sumber: Nytimes

Tambahnya, kini pihak polis tempatan turut mendapatkan bantuan dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menjalankan siasatan.

Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham memandang serius perkara tersebut, beliau memberikan bantuan polis tambahan bagi bekerjasama dengan polis tempatan dan pihak berkuasa dalam menjejaki ‘pembunuh’.

Siri pembunuhan ini bermula dengan seorang lelaki Islam dari Afghanistan, Mohammad Ahmadi diserang di depan premis perniagaannya pada November lalu.

Pembunuhan yang mensasarkan penduduk Islam di Albuquerque ini mencetuskan kemarahan ramai dan secara tidak langsung menakutkan penduduk Islam yang merupakan masyarakat minoriti di kawasan tersebut.

Sumber: Washingtonpost

Related Articles

Back to top button