RamadanSemasa

Masjid, surau diminta adakan solat hajat untuk Palestin

KUALA LUMPUR: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Menurut Dr Mohd  Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan, katanya.

BACA JUGA
Beraraklah ke Masjidil Aqsa & lindunginya! – Ismail Haniyeh

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button