Covid19Dunia

Masjid Nabawi umum rancangan sambung semula majlis buka puasa

MADINAH : Rancangan untuk menyambung semula majlis iftar atau berbuka puasa secara beramai-ramai di Masjid Nabawi di Madinah diumumkan sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa bulan lagi.

Penjaga Dua Kota Suci memaklumkan berikutan wabak coronavirus sejak Ramadan 1441H, majlis iftar itu terpaksa digantung sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan yang bermula pada 24 April tahun lalu.

Majlis iftar di Masjid Nabawi akan disambung semula di bawah protokol kesihatan yang ketat untuk membendung penularan coronavirus.

Menurut laporan Saudi Gazette, mereka yang telah mendapat kelulusan untuk mengagihkan hidangan iftar sahaja akan diberi kebenaran untuk berbuat demikian di tempah yang sudah diperuntukkan.

Had jemaah yang dibenarkan di setiap tempat akan didedahkan selepas meneliti keadaan pandemik dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu. penyedia juadah iftar juga dikehendaki memuktamadkan kontrak dengan syarikat katering yang diluluskan untuk menyiapkan makanan.

Jumlah jemaah yang duduk di satu tikar dihadkan kepada seramai lima orang bagi menjaga penjarakan sosial dan 12 orang jika tidak melaksanakan langkah penjarakan sosial.

Langkah itu juga termasuk duduk dalam satu barisan, menghadap ke arah kiblat. Mereka yang diluluskan untuk menyediakan khidmat iftar perlu mengemas kini data mereka mulai permulaan bulan Rejab, tambah penguasa itu seperti dipetik oleh Saudi Gazette.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button