Semasa

Masjid Lama Kampung Bukit Rang di Jerantut terbakar

JERANTUT: Masjid Lama Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran yang dilaporkan pada jam 6:57 petang itu memusnahkan 80% struktur bangunan masjid tersebut.

Kredit foto UMNO bahagian Jerantut

“Susulan laporan diterima, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasi untuk operasi pemadaman.”

“Operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Jengka,” katanya.

Difahamkan kebakaran berpunca daripada lintar pintas namun siasatan bomba masih terus dijalankan.

Bagaimanapun, menurutnya tiada mangsa atau jemaah terkesan dalam kejadian itu.

Zulfadli berkata, pihaknya menggunakan dua aliran hos dari tangki pam jentera bomba untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.

Masjid Lama Bukit Rang sebelum ini adalah masjid utama atas binaan masyarakat setempat di atas tanah milik Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kemudian fungsinya ditukar ke Masjid Bukit Rang yang baru dibina sekitar 2013.

Masjid lama itu digunakan sebagai pusat Tahfiz dibawah seliaan Maulana Wan Helmi kemudian Masjid lama ini telah ditukar status sebagai surau oleh Maulana Wan Mohamed Al-Hafiz iaitu ayah Maulana Wan Helmi untuk kelas pengajian Al-Quran masyarakat setempat dan juga menjadi pusat singgahan jemaah tabligh.

BACA JUGA
MAPIM Mobile kitchen meriahkan program iftar berjemaah

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button