DuniaSemasa

Masjid di Perancis terima surat ancaman bunuh

PARIS : Sebuah masjid yang masih dalam pembinaan di bandar Strasbourg di sini, menerima surat ancaman bunuh dan berunsur penghinaan, kata seorang pegawai masyarakat Islam negara itu.

Surat tersebut yang diterima pada Selasa dengan tertulisnya “Deklarasi Perang,” dan menyatakan bahawa Islam tidak ada tempat di Perancis.

Catatan tanpa nama itu mengatakan bahawa umat Islam yang menetap di Perancis mesti membuat pilihan antara Islam dan Kristian.

“Memandangkan kebanyakan dari kamu akan memilih Islam, kamu tidak memiliki tempat di Perancis. Bersiaplah sedialah, kamu akan diserang di masjid-masjidmu!” menurut surat tersebut.

Menurut laporan Anadolu, ketua Islam Toplumu MillI Gorus (IGMG) tempatan Eyup Sahin, salah satu organisasi Islam terbesar di Eropah mengatakan bahawa ancaman terhadap masjid dan umat Islam Eropah telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun terakhir.

Mereka juga menerima ancaman melalui hantaran di sosial media, katanya, sambil menambah bahawa ancaman ditujukan kepada ahli keluarga juga.

Masjid di Strasbourg, yang bersempadan dengan Jerman dan Switzerland, akan menjadi masjid terbesar di Eropah. Ini akan membolehkan beribu-ribu umat Islam yang tinggal di bandar-bandar Jerman dan Switzerland yang berdekatan untuk datang dan beribadah dan dijangka siap pembinaannya pada akhir tahun ini.

Awal tahun ini, masjid itu telah dicemari dengan kata-kata yang berbaur perkauman, “Tidak untuk Islam, kembali ke kampung anda,” yang ditulis pada dinding di seberang pagar di tapak pembinaan.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button