PalestinSemasa

Masjid Al Aqsa diserbu zionis israel bagi mengadakan perarakan provokatif

BAITULMAQDIS: Beribu-ribu tentera penceroboh israel telah dikerahkan ke sekitar Baitulmaqdis Timur yang dijajah bagi mengawal perarakan bendera provokatif tahunan, yang akan diadakan.

Polis dikerahkan di persimpangan utama di bandar itu dan sekatan jalan raya dijalankan di jalan-jalan utama dan mengganggu kehidupan normal penduduk Palestin di bandar itu.

Kedai-kedai di Kota Lama diarah tutup bagi membolehkan pelampau israel mendapat akses percuma dan mudah ke Kota Lama semasa perarakan serta mengelakkan sebarang pergeseran antara penduduk Palestin

Perarakan itu melalui Pintu Damsyik dan Muslim Quarter di Kota Lama sebelum sampai ke plaza Tembok Barat.

Menteri kabinet ekstremis, sayap kanan serta ahli parlimen daripada gabungan kerajaan, yang diketuai oleh Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, berhasrat untuk menyertai perarakan itu, yang dijangka bermula pada awal petang.

Pertubuhan yang dipanggil “Kuil” dan kumpulan penempatan telah menggesa bilangan terbesar pelampau israel bagi menyerbu pekarangan suci umat Islam, Masjid Al-Aqsa, menjelang perarakan bendera provokatif itu.

Saksi berkata beberapa kumpulan penceroboh, diketuai oleh pegawai pelampau, menyerbu Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.

Sementara itu, bagi menentang perarakan itu, rakyat Palestin menggesa agar bendera Palestin dikibarkan di mana-mana tempat di Baitulmaqdis dan wilayah yang dijajah serta mengadakan perhimpunan bendera di bandar-bandar Tebing Barat pada sebelah petang.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button