DuniaSemasa

Marvel perkenal watak adiwira Israel, peminat Muslim luah rasa kecewa

ANAHEIM : Marvel memperkenalkan watak adiwira berasal negara haram Israel, Sabra yang bakal muncul dalam filem baharunya yang akan datang.

Watak berkenaan akan membuat kemunculan menerusi filem sekuel Captain America: New World Order yang akan ditayangkan pada 3 Mei 2024 kelak dan dilakonkan oleh pelakon berbangsa Yahudi, Shira Haas.

Pengumuman tersebut telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan khususnya peminat filem adaptasi komik itu dan juga penyokong pejuang Palestin.

Watak Sabra dikhabarkan mempunyai beberapa kuasa luar biasa dan merupakan ejen adiwira pertama yang berkhidmat dengan Mossad, Agensi Keselamatan Israel.

Lazimnya Sabra berpakaian dalam reka bentuk berdasarkan bendera Israel dan mempunyai senjata yang biasanya diberikan kepada anggota pasukan pendudukan Israel.

Kredit foto Polygon

Watak bernama ‘Sabra’ itu ‘menyinggung perasaan’ kerana ia berhubung kait dengan insiden pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem Sabra dan Shatila di Beirut pada tahun 1982.

Sabra merujuk kepada peristiwa pencerobohan Israel ke atas Lubnan, di mana mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk kem yang berlangsung selama tiga hari iaitu 16, 17 dan 18 September 1982.

Insiden itu telah menyebabkan sejumlah besar rakyat Palestin termasuk lelaki, kanak-kanak, wanita dan warga tua tidak bersenjata dibunuh dengan kejam.

Ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara sedemikan, sebelum ini mereka juga telah memperkenalkan watak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam filem mereka sebelum ini dan diharamkan tayangannya di Malaysia.

Tindakan tersebut turut mengundang kemarahan peminat Muslim kerana menganggap ia seolah-olah cuba mempromosi budaya songsang itu.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button