InspirasiSemasa

Markah pelajar perakaunan UiTM ke-2 tertinggi dunia

Julea Qiestyna Abu Zar peroleh markah tertinggi dalam Recording Financial Transactions (FA1)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar asas perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Julea Qiestyna Abu Zar telah membanggakan Malaysia apabila memperoleh markah tertinggi dalam kertas peperiksaan ‘Recording Financial Transactions’ (FA1) sesi Mac 2023.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak telah berkongsi dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya bahawa Julea Qiestyna telah berjaya memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan ke-2 tertinggi di dunia bagi peperiksaan FA1. Pihak kampus mengucapkan jutaan tahniah kepada Julea Qiestyna atas pencapaiannya.

Julea telah menerima anugerah ‘Paper FA1 Winner‘, daripada ‘Association of Chartered Certified Accountants‘ (ACCA) beberapa minggu lalu menurut catatan Fakulti Perakaunan, UiTM cawangan Perak pada 20 April lalu.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah juga telah mengucapkan kata-kata penghargaan kepada Julea Qiestyna atas kejayaannya.

“Tahniah kepada Julea dan seluruh UiTM cawangan Perak. Besar harapan saya apabila melihat graduan khususnya graduan kelahiran Perak berjaya mengharumkan nama mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya menerusi satu perkongsiaan di Facebook.

“Alhamdulillah, dengan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan tahniah kepada anak didikku, Julea Qiestyna atas pencapaian yang sangat membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam perjalanan ACCA nanti, saya tahu dia akan melakukannya,” kata Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Perak, Farah Fatzel.

Dengan kejayaan yang diperoleh ini dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar di luar sana agar terus melakukan yang terbaik dengan cemerlang dan dapat mengharumkan nama diri, keluarga serta negara pada masa akan datang.

BACA JUGA
MAPIM agih 7,000 kotak bantuan sepanjang Ramadan

Related Articles

Back to top button