DomestikSemasa

MAPIM Turun Padang untuk Misi Bantuan Banjir Skuad Musa’adah Al-Falah Madani di Maahad Tarbiah Islamiah Derang

Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani telah menggerakkan Misi Bantuan Banjir  bagi menyantuni mangsa banjir di sekitar Kedah yang turut dihadiri dan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Misi bantuan ini yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama 13 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta sokongan NGO MAPIM.  Yang mana MAPIM telah memberi tumpuan khas kepada Maahad Tarbiah Islamiah Derang, sebuah institusi yang terkesan teruk akibat banjir besar.

Paras banjir yang dilaporkan mencapai tahap bumbung telah menyebabkan kerosakan besar kepada bangunan dan kawasan sekitar. MAPIM Malaysia dengan kerjasama rakan strategik seperti ZUS Coffee dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), telah berkampung di Derang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembersihan pasca banjir bagi menyokong misi

Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama ketua dan wakil daripada 14 agensi di bawah kementeriannya turut hadir untuk berganding bahu menyantuni mangsa banjir.

Aktiviti pembersihan surau Maahad yang masih berlumpur dilaksanakan bersama ketua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama), NGO tempatan, dan penduduk setempat. Lawatan ini turut melibatkan pertemuan dengan guru-guru Maahad yang rumah mereka turut terjejas akibat banjir. Bantuan disampaikan kepada penduduk di mukim Derang yang terkesan.

Selain itu, MAPIM Mobile Kitchen memainkan peranan menyediakan makanan untuk petugas dan penduduk sekitar, manakala MAIWP-MAPIM Double Decker Mobile Clinic menawarkan rawatan percuma kepada lebih 80 penduduk setempat. Sukarelawan turut berganding bahu mencuci kawasan Maahad untuk memastikan ia dapat berfungsi semula dengan baik.

Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, berkata, “Misi ini bukan hanya tentang membawa bantuan material, tetapi juga memberi sokongan moral kepada mangsa yang terjejas. Kami percaya dengan usaha bersama ini, kita dapat membantu meringankan beban mereka serta membina semula kehidupan yang terkesan akibat bencana ini.” Beliau turut menegaskan bahawa MAPIM sentiasa komited untuk menjadi penyokong utama dalam usaha bantuan bencana, memastikan setiap komuniti yang terkesan mendapat perhatian sewajarnya.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu komuniti yang terkesan akibat bencana alam. Diharapkan misi ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan menjadi asbab keberkatan buat semua pihak yang terlibat, insya-Allah.

 

Related Articles

Back to top button