Semasa

MAPIM terima kunjungan Bangladeshi Muslim Community (BMC)

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, (MAPIM) sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pertubuhan ataupun NGO lain tanpa mengira bangsa, agama dan negara demi kepentingan Ummah.

Keprihatinan MAPIM terhadap nasib ummah telah menarik perhatian Bangladeshi Muslim Community (BMC) untuk mengadakan kunjungan hormat kepada MAPIM selain bagi menyampaikan sumbangan berjumlah RM20 ribu ringgit daripada jumlah keseluruhan RM30 ribu ringgit. Sepuluh ribu ringgit sudah diberikan pada bulan Ramadan lepas.

BMC ialah kumpulan NGO yang sentiasa prihatin dengan keadaan masyarakat yang memerlukan. Turut bersama menyertai BMC ialah kumpulan usahawan-usahawan Bangladesh.

Majlis serahan sumbangan itu telah dilaksanakan di gudang MAPIM di Bandar Serenia, Sepang. Di mana MAPIM telah diwakili oleh Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz Bin Nik Mohd, Pengarah Tijarah & sektör MAPIM Malaysia. Beliau menerima sumbangan daripada ketua  delegasi Bangladeshi Muslim Communitu (BMC), iaitu Hj Morad Hossain dari Seri Kembangan.

Antara usahawan-usahawan Bangladesh yang turut serta pada majlis itu ialah, Muhammad Ullah, Muhammad Shahin, Hj Nur Afsar, Mohiuddin Jowel, dan Sayed Haque. 

Mereka adalah usahawan yang terlibat dalam bidang trading, pengilang, dan pemborong.

Selepas majlis mereka telah dibawa melawat ke dalam dan sekitar gudang MAPIM bagi melihat aset-aset seperti Mobile Clinic dan bot penyelamat. Selain itu mereka turut diterangkan tentang sistem operasi pihak MAPIM.

MAPIM Malaysia berharap kunjungan dan kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Related Articles

Back to top button