DomestikSemasa

MAPIM seru agar Khutbah Khas isu serangan israel terhadap Al Aqsa disampaikan

SHAH ALAM:  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru agar Khutbah Khas isu serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh zionis israel disampaikan di seluruh negara.

Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), menegaskan khutbah khas perlu mengingatkan bahawa Masjid Al Aqsa wajib dilindungi kerana ada kaitannya dengan aqidah umat Islam.

Seruan itu dikeluarkan ekoran kebiadapan zionis israel yang menyerang orang Islam di Masjid Al-Aqsa termasuklah wanita dan kanak-kanak  ketika mereka sedang beribadah.

Cikgu Azmi, Presiden MAPIM


Cikgu Azmi menyeru setiap Masjid di Malaysia perlu mengambil kesempatan menyedarkan umat Islam mengenai situasi terkini Masjid Al Aqsa.

Untuk rekod, setiap kali Ramadan, zionis israel tidak pernah melepaskan peluang menceroboh Masjid Al Aqsa untuk menganggu ribuan pengunjung Muslim melakukan iktikaf.


“Umat Islam seluruh Malaysia khasnya tidak boleh mendiamkan diri. Pernyataan solidariti dan persaudaraan Islam perlu dizahirkan.”

“Hari Al Quds Sedunia pada 14hb April ini adalah kesempatan untuk bantahan dilakukan di hadapan kedutaan Amerika kerana AS adalah penyokong utama israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan rasmi tersebut beliau menyarankan 5 perkara yang perlu disentuh dalam khutbah khas tersebut iaitu:

  1. Kedudukan, kesucian serta hubungan umat Islam dengan  Masjid Al Aqsa.
  2. Situasi atau keadaan Masjid Al Aqsa yang terkini.
  3. Matlamat zionis yahudi menyasarkan Masjid Al Aqsa..
  4. Kewajiban mempertahankan Masjid Al Aqsa.
  5. Apa yang umat Islam perlu lakukan untuk mempertahan Masjid Al Aqsa.

BACA JUGA
Remaja di Baitulmaqdis jadi mangsa peluru israel


Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button