Semasa

Subsidi untuk magang Pulau Pinang

George Town: Kerajaan Negeri Pulau Pinang melancarkan Program Subsidi Amali Penang (PSAP) bagi mencari dan menetapkan individu berbakat di industri sains, kejuruteraan, matematik dan perakaunan.

Menteri Besar Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang menunjukka prestasi pelaburan yang hebat, mencecah sehingga RM 76.2 billion menurut data dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (LPPM).

Tambahnya lagi, peningkatan nilai pelaburan setiap pekerjaan yang ada, menarik nilai pelaburan yang tinggi secara berterusan.

Ini merupakan berita baik untuk pencari kerja bagi mendapatkan gaji yang tinggi.

“Saya berharap PSAP boleh dijadikan sebagai pemangkin terhadap pelbagai peluang di Pulau Pinang.

“Kepada semua individu berbakat, datanglah ke Pulau Pinang dan fahami kenapa negeri ini dikenali sebagai Silicon Valley Timur,” katanya dalam sebuah persidangan maya selepas pelancaran PSAP.

Chow berkata, Pulau Pinang mahu menarik 150,000 pekerja dalam masa lima tahun akan datang dan PSAP diperkenalkan bagi membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada individu berbakat.

“Dalam misi mempertingkatkan lagi kemasukan individu berbakat, PSAP menawarkan subsidi bulanan sehingga RM300 bagi setiap magang selama enam bulan, maksimum,

“dalam erti kata lain, syarikat yang terpilih boleh menuntut sebanyak RM1,800 bagi setiap magang,” tambahnya.

Chow menerangkan, PSAP terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berada di Pulau Punang dan syarikat itu mesti mempunyai sekurang-kurangnya tiga pelajar magang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan perakaunan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button