DomestikSemasa

MAPIM Rangers ziarah keluarga mangsa kemalangan maut

Menerusi Program Ziarah Raya MAPIM Rangers di Hulu Terengganu

KUALA BERANG : Setiap kali pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melaksanakan misi kemanusiaan, akan terjalin ukhwah silaturahim sesama ummah.

Semasa MAPIM Rangers melaksanakan Program Ziarah Raya di Hulu Terengganu, mereka mengambil kesempatan menziarahi keluarga arwah Azmi Imas yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Timur Barat pada awal bulan ini.

Menurut wakil MAPIM Rangers Terengganu, Baharuddin Mohamad, tujuan utama lawatan mereka adalah sebagai tanda ingatan dan bertanyakan khabar tentang keadaan ahli keluarga arwah selain menyantuni sesama ummah.

“Alhamdulillah, MAPIM Rangers menyusuri kembali daerah Hulu terengganu bagi menjayakan Program Ziarah Raya MAPIM Rangers yang pernah dilanda banjir pada awal tahun ini.

“Alang-alang sudah berada di Kuala Berang ini, kita juga mengambil kesempatan untuk mengunjungi ke rumah keluarga arwah Azmi Imas yang terlibat dalam kemalangan maut di lebuhraya Timur barat baru baru ini,” katanya

Dalam pada itu, salah seorang anak arwah, Arif Haikal mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian MAPIM Rangers mengunjunginya sempena Aidilfitri ini.

“Raya tahun ini sudah pastinya suram bagi kami kerana kehilangan kedua-dua orang tersayang, kami masih terkejut dengan apa yang berlaku namun ternyata Allah S.W.T lebih sayangkan mereka.

“Terima kasih kerana sudi menjenguk kami, hanya Allah yang dapat membalas jasa murni kalian semua, semoga Allah memurahkan rezeki semua ahli MAPIM Rangers,” kata Arif Haikal.

Untuk rekod, satu kemalangan yang menyayat hati telah mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 76 Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Titiwangsa, Gerik pada 10 Mei lalu selepas menghantar anak mereka belajar di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Manakala dua anak mereka yang turut berada di dalam kereta mengalami patah tangan kiri dan luka pada tangan.

Arwah Azmi meninggalkan tiga orang anak yang masih belajar iaitu Mohammad Arif Haikal, 20, Nur Aina Fatihah, 18 dan Mohammad Adam Darwis, 14 yang kini tinggal bersama nenek mereka, Semek Abdul Rahman, 80, di Kampung Buluh Kuala Berang.

Tinjauan MAPIM Rangers juga mendapati keadaan terkini banjir di Kuala Berang masih dalam fasa pemulihan.

Sejumlah 50 kotak bantuan makanan asas berjaya diedarkan ke kawasan yang terjejas.

Berdasarkan tinjauan kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan dan majoritinya bekerja sendiri.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Ceting, Kampung Batu 23, Felda Tersat, Kampung Butut, Kampung Kejir, Lembah Pertang dan Madrasah Ibtida’i di Kampung Berang.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button