BanjirSemasa

MAPIM Rangers ukir senyuman di wajah mangsa banjir Mersing

MERSING: Segala halangan serta rintangan, kudrat serta penat lelah skuad sukarelawan pacuan empat roda MAPIM Rangers terasa amat berbaloi apabila kehadiran mereka di bumi Mersing di sambut dengan senyuman di wajah mangsa-mangsa banjir yang terjejas di sana.

Pada Ahad, MAPIM Rangers meneruskan misi bantuan kemanusiaan dengan menyerahkan bantuan serta menyumbangkan bantuan pasca banjir kepada mangsa banjir di Kampung Jemari dan Kampung Tenglu Besar, Johor.

Sebanyak 100 kotak pek bantuan makanan MAPIM Malaysia beserta sumbangan daripada Al-Khair Foundation, termasuk 150 set hygiene , air mineral serta biskut kering berjaya disalurkan oleh sukarelawan MAPIM Rangers kepada keluarga mangsa yang amat memerlukan.

Keadaan cuaca yang bertambah baik di negeri ini memberi perkembangan positif apabila hanya 440 mangsa banjir masih ditempatkan di 5 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa berkenaan membabitkan 119 buah keluarga dari Batu Pahat dan Segamat.

“Jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan berbanding 670 mangsa melibatkan 188 keluarga ditempatkan di enam PPS yang direkodkan pada jam 8 pagi semalam.”

“Pengurangan banjir berikutan penutupan sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tenaga Setia di Batu Pahat pada jam 4 petang semalam. PPS berkenaan melibatkan mangsa banjir dari Kampung Parit Baru dan Kampung Parit Jayus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dengan bantuan yang diserahkan oleh MAPIM Rangers ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terjejas ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak beberapa minggu yang lalu.

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button