MAPIM Rangers luaskan kerja kemanusiaan ke seluruh negara
KAJANG : Menjalankan kerja-kerja kemanusiaan perlulah ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tujuannya murni untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tugas-tugas amal ini juga perlukan kerjasama dari beberapa pihak bagi melancarkan gerak kerja dan proses penyampaian sumbangan terutamanya di kawasan yang sukar didatangi dengan kenderaan biasa.
Menyedari hakikat itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menubuhkan satu kumpulan sukarelawan yang dinamakan sebagai MAPIM Rangers. Ia terdiri daripada kelab kenderaan pacuan empat roda dari negeri Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.
Mereka semua hadir ke Wisma MAPIM, di Bangi.
MAPIM Rangers merupakan satu inisiatif pihak MAPIM sebagai platform kepada sesiapa sahaja yang berhasrat menjadi sukarelawan MAPIM.
Satu perjumpaan bersama dengan wakil dari setiap negeri telah diadakan di Ummah Hall, Wisma MAPIM bagi menjalinkan ukhwah selain mengenali antara satu sama lain.
Setiausaha Agung MAPIM, Mejar (PA) Bersekutu Zulhanis Zainol mempengerusikan perjumpaan tersebut sambil berkongsi tentang gerak kerja dan segala kegiatan kemanusiaan MAPIM.
Beliau berkata, penubuhan MAPIM Rangers ini akan melancarkan proses bantuan awal dan barangan keperluan kepada penduduk di kawasan masing-masing apabila terjadinya sebarang bencana.
“MAPIM Rangers ini adalah peluang wakil dari setiap negeri ini salurkan bantuan kepada penduduk di kawasan masing-masing yang terjejas, mereka tidak perlu khuatir memikirkan barang untuk dibeli kerana akan disediakan oleh pihak MAPIM. Ia sebagai platform untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi sukarelawan. Mereka hanya sebagai perantara dan menjadi orang terawal mendapatkan maklumat apabila terjadi apa-apa bencana di negeri masing-masing dan sampaikan terus kepada pihak MAPIM.
Dalam pada itu, Ketua Sekretariat MAPIM Rangers, Tuan Azari Abdul Aziz berkata kerja amal yang mulia ini haruslah dibuat dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan bayaran sebagai ganjaran.
“Saya berasa teruja kerana ramai yang berminat untuk bersama melakukan kerja kebajikan ini, pertemuan kita pada malam ini adalah sebagai tanda persahabatan dan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita,” katanya. “Saya turut berharap agar kita semua dapat persetujuan untuk mendapatkan kebersamaan dalam menjalankan aktiviti amal ini seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan wang ringgit,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038