BanjirDomestikDuniaSemasa

MAPIM Rangers kerah tenaga bantu mangsa banjir di Baling

BALING : Di kala orang ramai sedang melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha, ada antara kita yang sedang diuji oleh Allah S.W.T.

Seperti ujian yang sedang ditempuh oleh penduduk di Baling, Kedah sekarang, di mana mereka sekali lagi dibadai banjir kilat yang memusnahkan kediaman mereka akibat ditenggelami air dan menyebabkan banyak kerugian.

Sebaik mendapat tahu tentang perkara itu, tim Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers yang sentiasa dalam kesiapsagaan telah menghantar bantuan kepada mangsa banjir di daerah itu.

Menurut Ketua Sekretariat MAPIM Rangers, Mejar Bersekutu (PA) Azari Aziz, tim mereka telah bergerak ke bumi Baling seawal jam 1 pagi dan perjalanan mereka mengambil masa kira-kira hampir 8 jam dengan kekuatan sebanyak 40 pacuan empat roda dan sebuah lori.

“Misi kali ini mensasarkan pembersihan rumah sebanyak 50 buah rumah dan agihan kotak bantuan makanan asas kepada 500 orang mangsa.

“Tim kami kini sedang bertungkus-lumus menjalankan proses pembersihan rumah mangsa di kawasan Kampung Bukit Iboi, di mana berdasarkan tinjauan kami, suasana di sini agak teruk dengan keadaan lumpur hampir paras pinggang,” katanya.

Menurutnya lagi, banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir seperti kerosakan perabot dan kenderaan.

Ummah Today sebelum ini melaporkan bahawa dua kampung di Baling dilanda banjir kilat kira-kira jam 2 petang semalam yang mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang, Baling yang sehingga ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas.

Antara kampung yang terlibat dalam bencana itu adalah Kampung Iboi, Kampung Bukit Ibor, Kampung Tok Pisang, Kampung Tok Saba dan Kampung Padang Empang.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button