KULIM : Meskipun banjir di Kulim sudah reda dan keadaan kembali seperti sediakala, namun impak selepas banjir masih dirasai terutamanya daripada segi bekalan makanan, kewangan, barang keperluan hidup yang lain.
Kesempitan hidup yang dialami mereka terubat dengan kehadiran tim MAPIM Rangers yang tidak pernah kenal erti penat lelah menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kali ini, deruman enjin kereta pacuan empat roda mereka tiba di Padang Limau, Kulim, Kedah pada Ahad (20 Mac) yang terkesan dengan banjir di kawasan itu baru-baru ini.
Menurut Ketua Sekretariat MAPIM Rangers, Tuan Azari Abdul Aziz, Misi Bantuan Banjir di Padang Limau, Kulim Kedah telah memanfaatkan 93 buah keluarga dan semua bantuan telah disalurkan terus ke pintu rumah mangsa banjir tersebut.
“Alhamdulillah, tim Misi Bantuan Banjir di Padang Limau, Kulim Kedah telah selesai dengan jayanya. Sebanyak 93 keluarga telah menerima manfaat kotak makanan berserta air mineral 5 liter dan sebanyak 87 buah rumah telah kami lawati untuk menyantuni mereka,” katanya.
Tuan Azari memberitahu bahawa mereka telah bersiap sedia bergerak ke kawasan terlibat seawal 7 pagi dengan konvoi kereta pacuan empat roda beserta lori yang membawa muatan pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Menurutnya, usaha MAPIM Rangers yang bertungkus-lumus bekerja siang malam demi membantu mereka yang memerlukan bukanlah untuk wang dan nama, namun niat mereka adalah ikhlas bagi merapatkan jalinan ukhwah sesama manusia dari seluruh negara bersama-semasa dalam menyantuni ummah.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038