Semasa

MAPIM Mobile Kitchen sedia 1,000 masakan panas percuma

Dalam Program Selawat dan Munajat Perdana

CHERAS: MAPIM Mobile Kitchen sediakan 1,000 masakan panas percuma kepada orang ramai dalam Program Selawat dan Munajat Perdana yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Sabtu lalu.

Seramai 30 orang aktivis serta sukarelawan MAPIM Malaysia yang terlibat bagi bersama-sama memeriahkan dan menghulurkan tenaga menyediakan masakan panas percuma.

Menurut Hidayat, salah seorang aktivis MAPIM, walaupun dalam cuaca panas dan hujan lebat seketika tidak melunturkan semangat 30 aktivis dan sukarelawan MAPIM Malaysia dalam menyantuni pengunjung yang tidak putus-putus mendatangi MAPIM Mobile Kitchen.

“Kali ini, Chef dari restoran Al-Araby Matha’am, Bandar Bukit Mahkota di bawa khas bagi menyediakan masakan sebanyak 500 hidangan kuey tiaw goreng dan 500 nasi kukus istimewa untuk diedarkan dari jam 12 tengahari sehingga 10 malam,” kata Hidayat ketika di temu ramah.

Kehadiran MAPIM Malaysia bersama inisiatif MAPIM Mobile Kitchen serta bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke program ini adalah di atas jemputan Pejabat Perdana Menteri dalam usaha memeriahkan dan memperkenalkan aset MAPIM Malaysia yang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi bencana.

MAPIM Malaysia bersama MAPIM Rangers dan MAPIM Mobile KItchen juga akan turun di tempat-tempat yang dilanda banjir bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa serta asnaf yang terjejas akibat banjir teruk.

 

Related Articles

Back to top button