KAJANG : Dalam membantu ummah, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sentiasa berusaha menzahirkan idea-idea baru yang sudah digariskan oleh kepimpinan MAPIM. Antara idea tersebut adalah MAPIM Mobile Kitchen yang lahirnya daripada ilham Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM sendiri, iaitu (Dr.) Sani Araby Al Kahery.
Pada tahun 2022, MAPIM Malaysia akhirnya berjaya menghidupkan idea MAPIM Mobile Kitchen daripada kertas cadangan kepada sesuatu yang fizikal.
Melalui pelaksanaan Mobile Kitchen ini, selain atas dasar kasih dan peduli kepada ummah, memberikan khidmat yang terbaik buat asnaf juga adalah objektif utama yang cuba dicapai oleh MAPIM.
Bagi memastikan makanan segar, panas dan lazat, proses penyediaan makanannya dilakukan “On-the-go” di dalam MAPIM Mobile Kitchen ke lokasi penerima.
“Sebanyak 500 pek masakan panas untuk diedarkan kepada asnaf & kariah Masjid At Taqwa, Bandar Bukit Mahkota. Manakala 1,500 pek lagi akan diedarkan di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat, Seksyen 2, Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur. Pek makanan panas disediakan oleh chef berpengalaman dari hotel, ia memberikan kepuasan dari segi keenakannya. Di samping itu gerak kerja tim MAPIM Malaysia juga memastikan khasiat nutrisi bagi pertumbuhan kesihatan anak-anak asnaf yang terbaik untuk dimakan.”
Beliau turut berterima kasih kepada pihak MAPIM Malaysia kerana menjayakan program seperti ini dan mengalu-alukan program seperti ini dalam menyatuni asnaf pada masa akan datang.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038