DuniaKemanusiaanSemasaSyria

MAPIM Malaysia turun padang mengagihkan 15 kontena bantuan yang terkandas kerana pandemik covid

Misi Bantuan Kecemasan MAPIM Malaysia

Turki : MAPIM Malaysia kini sedang melaksanakan Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria di Syria. Misi ini diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) (Dr) Ahmad Sani Araby.

Sani Araby merupakan figura kemanusiaan negara yang selalu mengetuai Misi Kemanusiaan dan Bencana dalam serta luar negara

Menurut (Dr) Ahmad Sani Araby, “Ada 15 buah kontena bantuan infaq daripada rakyat Malaysia yang kini terpaksa disimpan di gudang sementara MAPIM Malaysia di Turki. Ia tidak dapat diedarkan kerana pandemik covid. Atas memenuhi permintaan daripada agensi wakaf Turki, Yayasan Turki Diyanet, TDV kami terpaksa turun sendiri ke Turki walaupun sangat berat meninggalkan Malaysia yang kini juga sedang dilanda pandemik. Ini kerana musim sejuk sudah melanda Syria. Suhu sudah hampir 0 darjah celcius. Keadaan menjadi sangat kritikal untuk kami dan lebih kritikal untuk pelarian Syria. Kita tidak ada pilihan lagi.”

Antara barangan bantuan yang disimpan di gudang sementara itu ialah ‘hygiene pack’. Ia berisi barangan untuk membersihkan diri untuk kegunaan sekeluarga, dan barangan bagi membersihkan pakaian. Ia sangat diperlukan bagi memastikan kebersihan dan kesihatan pelarian terus terjaga.

MAPIM Malaysia turut menyediakan ‘food pack’ yang seberat 25 kilogram. Ia mengandungi lapan jenis makanan asas yang bermutu premium untuk kegunaan memasak. Ia akan membekalkan makanan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga pelarian. Ia mampu bertahan untuk penggunaan selama sebulan.

Di gudang sementara itu juga disimpan 10 ribu pasang selimut musim sejuk berkualiti tinggi hasil infaq rakyat Malaysia. Corak selimut dilakar sendiri oleh anak Malaysia.

Kesemua infaq bantuan itu mengambil ruang sebanyak 15 buah kontena.

Gudang sementara MAPIM Malaysia yang menempatkan barangan bantuan berjumlah 15 buah kontena

“Selepas ini masih ada lagi 15 kontena bantuan infaq rakyat Malaysia yang akan masuk. Namun, kita masih ada masalah dana kerana masih ramai pelarian yang perlu dibantu,” kata (Dr) Ahmad Sani Araby.

Apabila disentuh tentang bantuan di Malaysia, (Dr) Ahmad Sani Araby tegas mengatakan, “Kita MAPIM Malaysia tidak pernah mengurangkan bantuan kita kepada rakyat Malaysia. Malah setiap hari tim MAPIM Malaysia keluar untuk menguruskan bantuan kepada asnaf dan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik covid 19.”


Keadaan di sempadan Turki Syria kini semakin membimbangkan. Pelarian semakin ramai berkumpul di sempadan tetapi tanpa bantuan yang mencukupi. MAPIM Malaysia merayu sumbangan terus daripada rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Syria.

Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button