DuniaSemasa

MAPIM Malaysia tidak abai nasib wanita

DAMANSARA : Wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan dan ini termasuk menjadi tonggak kekuatan institusi keluarga.

Dalam musim pandemik Covid-19 ini, wanita antara golongan yang harus dibantu.

Ada kalangan mereka kehilangan insan tercinta sehingga hilang sumber pendapatan utama keluarga dan ada juga wanita yang mengalami tekanan kerana perlu menjaga anak di rumah dan pada masa sama mencari rezeki demi sesuap nasi.

Bagi menyokong mereka, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah ke Damansara untuk menyampaikan bantuan kepada wanita (kaum ibu) di sana yang memerlukan.

Program bantuan ini dijayakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai yang diketuai Puan Siti Arbi dengan menyalurkan sebanyak 60 buah pek susu dan lampin bayi.

Menurut Siti Arbi atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Bi, program ini merupakan program yang berterusan dan telah pun berjalan selama lapan tahun.

“Mereka yang perlukan bantuan ini semua datang dekat Kak Bi sebab dengan Kak Bi mereka senang nak berurusan dan tak perlu isi borang.

“Kebanyakan ibu-ibu di kawasan ini amat memerlukan bantuan kerana mereka ramai terkesan dengan Covid-19 ni sehingga ada yang kematian suami dan tidak bekerja,” kata Arbi kepada wartawan Ummah Today.

Tambah beliau, ramai wanita mengalami tekanan sehingga ada yang putus asa untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Jadi Kak Bi amat bersyukur kerana kehadiran MAPIM  Malaysia ini ibarat pemudah jalan buat mereka. Kami kelab dan persatuan penduduk lain amat mengharapkan barangan dari NGO untuk disampaikan kepada penduduk yang terjejas.” – Pengerusi Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai, Siti Arbi

Ini merupakan kerjasama kedua MAPIM Malaysia bersama Kelab Kebajikan Anggun Karisma dalam memberi bantuan khusus kepada para wanita tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.

Seramai 30 wanita terdiri daripada ibu dan ibu tunggal memperoleh manfaat dalam program bantuan ini.

Ketua Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi berkata bantuan ini akan sentiasa diteruskan sampai bila-bila demi meringankan beban terutamanya buat golongan ibu dan ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan lebih-lebih lagi dalam situasi yang penuh mencabar kini.

Secara lahiriahnya sifat wanita lemah lembut dan penuh kasih sayang tetapi semangat dan kecekalan yang ada pada mereka, tidak akan mampu ditandingi.

Biar apa jua cabaran  yang mendatang pasti mereka mampu tempuhi. Itulah insan yang dipanggil wanita.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button