Semasa

MAPIM Malaysia sedia bantu kerajaan laksana amanah Kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Bangi : Kejayaan Malaysia menduduki satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penggal 2022-2024, selepas memperoleh 183 undian menunjukkan dunia yakin pada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pihak MAPIM Malaysia, menerusi (Dr) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby Ceo MAPIM MALAYSIA merangkap ketua aktivis kemanusiaan berkata,

(Dr.I Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Kami di MAPIM melihat ini bukan sahaja sebagai satu pengiktirafan ke atas hak asasi manusia di Malaysia, tetapi adalah peluang untuk NGO-NGO di Malaysia seperti MAPIM bagi bergerak dan berkongsi pengalaman dengan pihak kerajaan dan dunia tentang isu kemanusiaan. Kami yakin Malaysia mampu menggalas tugas ini dengan baik, dan kami NGO di Malaysia sentiasa terbuka untuk turut sama membantu.”

Sebelum ini pihak MAPIM sendiri sudah menjalankan aktiviti kemanusiaan di 40 buah negara di seluruh dunia. Ini termasuk isu kemanusiaan dan hak asasi manusia di Rohingya, Gaza, Afrika dan Syria.

MAPIM Malaysia pernah dijemput menyampaikan pandangan MAPIM mengenai isu Rohingya di sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB kali ke 22 di Geneva, Switzerland.

(Dr) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby Ceo MAPIM MALAYSIA  juga pernah menjadi panelis dalam Forum Rohingya ‘People Without Land’ bersama Maarif Foundation, Sudan yang diadakan di bangunan UN di Geneva yang menjelaskan pendirian dan pengelaman MAPIM menanggani isu Rohingya.

Yang terbaru, adalah pembabitan MAPIM Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi manusia rakyat Palestin di Gaza. Dengan keupayaan yang ada, MAPIM melancarkan kempen di media sosial #shameonisrael yang membuka mata dunia kepada penindasan israel di Gaza.

Selain kempen di media sosial, MAPIM Malaysia turut melaksanakan projek berimpak tinggi seperti membina sembilan buah masjid di Gaza, membekalkan 10 buah ambulans, dan terbaru MAPIM akan membina tiga buah apartment untuk keluarga mangsa perang di sana.

Ambulans MAPIM di Gaza

Di Syria, pembabitan MAPIM dalam isu kemanusiaan juga sangat jelas kesannya dengan pembinaan 40 buah sekolah yang memberi faedah kepada ribuan anak-anak pelarian Syria yang terputus peluang ke sekolah akibat perang.

Selain bantuan makanan MAPIM mengariskan sektor pendidikan, perumahan dan kesihatan, sebagai antara hak asasi manusia yang perlu dipenuhi apabila melaksanakan sesuatu misi di setiap negara.

MAPIM turut dijemput bagi bersama dalam misi kemanusiaan yang penuh bahaya seperti Misi Flotilla ke Myanmar bagi memperjuangkan hak asasi pelarian Rohingya, dan juga Misi Great March of Return ke Gaza.

Untuk urusan kemanusiaan dalam negara, MAPIM Malaysia sentiasa menggerakkan Task Force MAPIM dalam menyantuni mereka yang memerlukan ke seluruh negara termasuk dengan perkhidmatan kesihatan percuma melalui Ummah Mobile Clinic.

Pihak MAPIM sekarang sedang menyiapkan segala aset dan bantuan yang akan digerakkan 24 jam, bagi langkah berjaga-jaga sempena musim monsun yang akan tiba.

Related Articles

Back to top button