Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
Seremban : MAPIM Malaysia bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi MAPIM turut membantu frontliner yang banyak berkorban semasa musim pandemik ini.
MAPIM melalui Setiausaha Agungnya, Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol mengetuai sukarelawan MAPIM menyerahkan 50 buah kotak sumbangan kepada pihak Pertahanan Awam cawangan Negeri Sembilan.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri bin Madnor yang mewakili APM Negeri Sembilan bagi menerima kotak sumbangan itu, menyatakan rasa gembira dan terharunya atas sumbangan itu.
Menurut Lt. Kol (PA) Mohd Syukri, APM Negeri Sembilan kini mempunyai 300 orang anggota yang khusus dalam kawalan bencana dan pengurusan kecemasan harian. Mereka ditempatkan di pusat kawalan bencana di tujuh daerah di Negeri Sembilan. Buat masa ini pihak APM banyak membantu di pusat kuarantin dan pusat vaksinisasi negeri.
“Pihak APM juga, masih menjalankan khidmat biasanya seperti membantu mangsa kecelakaan jalan raya, mangsa bencana alam, dan menangkap haiwan yang membahayakan penduduk.”
Mejar Bersekutu, Mejar Zulhanis Zainol berkata,
“Sumbangan ini adalah tanda penghargaan kita atas jasa pengorbanan pihak pertahanan awam ini. Mereka siang malam sentiasa bersedia untuk membantu, dan pada zaman covid ini, kesukaran tugas mereka menjadi berganda. Semoga sumbangan ini akan dapat menyuntik lagi semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.”
Dalam perkembangan lain, MAPIM Malaysia akan meneruskan bantuan covid mereka dalam Misi Bantu Ummah. Untuk tujuan itu, pihak MAPIM merayu sumbangan daripada rakyat Malaysia supaya lebih ramai yang akan dapat dibantu.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038