Semasa

MAPIM Malaysia melakukan kunjungan hormat ke Türkiye Diyanet Vakfı

ANKARA : Walaupun MAPIM sibuk menguruskan bantuan di Malaysia, MAPIM tidak pernah melupakan saudara seagama di luar negara, terutamanya di Syria dan Palestin.

Untuk bantuan kemanusiaan di Syria, MAPIM bekerjasama dengan  Türkiye Diyanet Vakfı atau (TDV),  bagi menguruskan misi membantu pelarian di sana. Sehingga kini, TDV membantu menguruskan 40 buah sekolah wakaf MAPIM Malaysia di Syria.

MAPIM Malaysia melalui Ketua Pegawai Eksekutif-nya, (Dr.) Sani Araby Al Kahery dan Pengarah Domestik MAPIM, Kolonel Haji Faris bin Hussein telah mengadakan kunjungan hormat ibu pejabat TDV di Istanbul.

Delegasi MAPIM itu telah diraikan sendiri oleh Lembaga Pemegang Amanah II TDV dan Pengerusi İhsan Açık.

Dalam pertemuan itu pihak MAPIM dan TDV membuat keputusan bagi mengukuhkan kerjasama semasa dan meneruskan projek baharu. Pihak TDV turut memaklumkan aktiviti terbaru mereka kepada pihak MAPIM Malaysia.

Menurut (Dr.) Sani sendiri,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, CEO MAPIM Malaysia

“Kita melihat kerjasama antara MAPIM dan TDV ini melangkaui kerjasama antara dua NGO. Ini adalah kerjasama antara dua buah negara yang sama-sama terkehadapan dalam membantu Ummah  yang tertindas. Kami bukan sahaja bekerjasama di Syria, malah sampai ke Malaysia sendiri. Jadi, saya amat bersyukur, urusan membangunkan Ummah ini secara tidak langsung akhirnya menjadi penyatuan Ummah.”

Lawatan ini juga adalah bagi mengkoordinasikan misi bantuan ke Syria yang dijangka dilancarkan pada musim sejuk yang akan datang.

Related Articles

Back to top button