BanjirDomestikSemasa

MAPIM Malaysia gerakkan bantuan terdesak di negeri Pantai Timur

KOTA BHARU : Hujan lebat berterusan disebabkan luruan monsun sejak awal minggu lepas telah menyebabkan beberapa kawasan di negeri pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu mula ditenggelami air.

Bersumberkan laporan pihak berkuasa tempatan dan pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM), MAPIM Malaysia yakin penghantaran bantuan terdesak amat diperlukan.

Justeru, seawal jam 4:30 pagi, pasukan MAPIM Malaysia bersama sayap kanan iaitu MAPIM Rangers segera menggerakkan seramai lebih 100 anggota sukarelawan bagi menjayakan Misi Bantuan Bencana Banjir Pantai Timur.

Dalam misi bantuan bencana fasa pertama ini, sebanyak 10 pacuan empat roda membawa 10,000 kotak bantuan berbentuk barangan keperluan asas dibawa untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir.

Selain itu, sebanyak empat buah bot dibawa bagi memudahkan gerak kerja mencari dan menyelamat atau Search and Rescue (SAR) bagi membantu mangsa-mangsa banjir serta menempatkan mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan.

“Kehadiran MAPIM Malaysia kali ini bergerak atas kapsiti menyokong  segala usaha dari Search and Rescue (SAR) sehingga menyediakan khidmat makanan panas. Dan kini penilaian teliti dibuat dengan melihat keperluan Mobile Clinic atau Klinik Bergerak bagi memberi rawatan segera kepada mangsa banjir.”

Bagi misi kali ini, MAPIM Malaysia membawa kelainan dengan mewujudkan Command Centre yang bertujuan menyelaraskan bantuan dan mengelakkan pertindahan juga memastikan sukarelawan diletakkan di tempat yang tepat.

“Command centre ini juga akan menjadi titik penyeleras dan pemusatan dari sudut kebajikan sukarelawan yang perlu mendapatkan rawatan dengan kerjasama NADMA dan APM.” Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery.

Sementara itu, misi kali ini turut mendapat kerjasama penuh daripada pasukan MAPIM Rangers yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia.

“Misi kali ini lebih menarik kerana kita mendapat kerjasama dan bantuan daripada MAPIM Rangers dari seluruh negeri di Semenanjung Malaysia yang membawa kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan kerja bantuan tiba hingga ke titik akhir.” – Pen Pesuruhjaya Bersekutu (PA), Tuan Zulhanis Zainol.

Related Articles

Back to top button