MAPIM Malaysia dan Yayasan Bank Rakyat Agih Bantuan Persekolahan Santuni Pelajar-Pelajar Silat
Bangi : Semalam berlangsung dengan meriahnya program penyerahan bantuan persekolahan anjuran MAPIM MALAYSIA menerusi sumbangan daripada Yayasan Bank Rakyat.
Terukir senyuman daripada penerima bantuan yang merupakan pelajar dan keluarga Persatuan Silat Lincah Malaysia dan juga PESAKA. Bantuan ini adalah usaha meringankan beban keluarga atas kesan pasca pandemik.
Majlis dirasmikan oleh Ybhg Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din (Pengerusi Yayasan Bank Rakyat) dan dihadiri oleh Ybhg Datuk Haji Muhammad Fairus Bin Hussain selaku Presiden Persatuan Silat Lincah Malaysia.
“Dengan sinergi antara Yayasan Bank Rakyat dan MAPIM MALAYSIA ini, diharapkan dapat meluaskan bantuan khususnya kepada masyarakat yang memerlukan. Untuk fasa ini, kita fokuskan bantuan kebajikan dan pendidikan” kata (Dr) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby, CEO MAPIM MALAYSIA.