Semasa

MAPIM Malaysia dan Naurah Care tidak lupa nelayan Pulau Mutiara

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

PULAU MUTIARA : Mencari mata pencarian di kala pandemik ini menjadi lebih sukar buat semua golongan masyarakat tidak kira apa jua jenis pekerjaan.

Bantuan demi bantuan disalurkan di setiap negeri tanpa mengira sama ada di darat mahupun di lautan, tiada satu pun yang ketinggalan.

Hari ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Naurah Care turun menyampaikan kira-kira 100 kotak bantuan makanan kepada para nelayan di Pulau Mutiara, Pulau Pinang.

Isman Nadim, wakil Naurah Care dan wakil MAPIM Malaysia salur bantuan kepada keluarga nelayan

Kotak bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan harian di mana sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Turut sama hadir menyantuni golongan nelayan Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia dan wakil selebriti kumpulan nasyid Hijjaz, saudara Isman Nadim.

Oleh Nurshazlin Shahrom

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button