MAPIM Malaysia akan membina tiga buah apartment di Gaza untuk mangsa perang
BANGI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), akan membangunkan tiga buah apartment hasil sumbangan rakyat Malaysia di bumi Gaza.
Pembinaan apartment ini akan memberikan kemudahan kepada 100 keluarga mangsa perang yang kehilangan kediaman akibat serangan durjana tentera Israel.
Sebelum ini, pihak MAPIM Malaysia melalui Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery telah menghantar cadangan bagi pembinaan tiga buah apartment ini kepada pihak Kementerian Kerja Awam dan Perumahan di Gaza.
Cadangan dan kertas kerja MAPIM itu telah diluluskan dan disokong oleh pihak kerajaan Palestin di Gaza dan mereka juga menyerahkan tiga ekar tanah wakaf sebagai tapak pembinaan apartment itu nanti. Berita baik itu telah diumumkan sendiri oleh (Dr.) Sani Araby Al Kahery melalui surat yang beliau terima melalui e-melnya.
Projek pembinaan apartment ini akan diberikan nama Apartment Wakaf MAPIM Malaysia, sempena menghargai jasa-jasa penderma yang mewakafkan harta mereka untuk penduduk di Gaza.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery,
“Projek pembinaan ini akan menjadi mercu tanda projek santun Ummah MAPIM MALAYSIA di bumi Palestin. Amanah semakin berat dan besar untuk menyempurnakan project high impact amanah rakyat Malaysia ini. Sejuta penghargaan kepada penyokong dan penderma atas kepedulian bersama dalam membela nasib saudara Palestin kita jauh di sana namun dekat di hati. Semoga Allah SWT membalas jasa peduli dengan ganjaran di dunia dan di akhirat sana.”
Sebelum ini, MAPIM Malaysia telah membina 9 buah masjid di bumi Palestin, menghantar 10 buah ambulans untuk kegunaan penduduk di Gaza.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia