DomestikSemasa

MAPIM hulur bantuan kepada ibu tunggal sara enam anak selepas kematian suami

KAJANG : Tidak dapat dibayangkan beratnya bebanan seorang ibu yang terpaksa membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian suami tercinta.

Demikian dugaan yang menimpa Rohana Mustapha, 41 yang telah kehilangan suami akibat sakit jantung dan kini terpaksa menanggung keenam-enam anaknya seorang diri.

Menurut Rohana, sebelum ini dia hanya bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa, manakala suaminya menderita penyakit kencing manis sehingga tidak memiliki kudrat untuk bekerja.

“Suami saya dulu dah tak mampu nak pergi kerja sebab ada penyakit kencing manis, derita suami saya bertambah bila keadaannya semakin teruk dan disahkan menghidap penyakit strok.

“Saya dah buntu sangat memikirkan nak tanggung anak-anak seorang diri lepas dia meninggal sakit jantung, nak beli barang keperluan pun wang belum tentu sentiasa cukup, duit nak bayar sewa rumah selama ini kami hanya bergantung kepada duit bantuan zakat,” luahnya.

Mendengar keperitan hidup Rohana, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hadir menziarahinya bagi menyantuni keluarga Rohana dan menghulurkan bantuan.

MAPIM telah memberikan bantuan kotak makanan kepada Rohana, menurut mereka, bantuan tersebut memang tidak dapat menyelesaikan masalah Rohana tetaapi sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya dan memberikan ketenangan hati kerana tahu bahawa ada yang peduli akan nasibnya.

“Terima kasih kepada pihak MAPIM sudi datang, ada juga dengar MAPIM selalu datang rumah ke rumah bagi bantuan, tak sangka MAPIM pilih rumah mak cik untuk datang jenguk-jenguk mak cik bagi sumbangan juga,” katanya.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button