PalestinSemasa

MAPIM gesa Majlis Keselamatan PBB hantar tentera pengaman ke Gaza

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAPIM, melalui presidennya  Mohd Azmi Abdul Hamid, menyeru kekuatan gabungan komuniti global untuk menguatkuasakan sekatan menyeluruh terhadap Israel. Tiada perdagangan (import atau eksport), tiada transaksi kewangan, tiada komunikasi, tiada hubungan diplomatik, tiada pertukaran senjata atau teknologi.

Israel tidak menunjukkan minat untuk mematuhinya keputusan Majlis Keselamatan PBB ( UNSC ). Hampir pada masa yang sama Resolusi UNSC untuk gencatan senjata segera diluluskan , Israel melancarkan serangan di Rafah membunuh 15 orang awam Palestin.

Israel diketahui dilindungi oleh Amerika Syarikat (AS) dalam setiap urusan antarabangsa. Sekarang adalah masanya untuk mengisolasi AS dan melindungi ekonomi dunia daripada AS kerana AS bersubahat dengan Israel dalam kempen ketenteraan yang ganas di Gaza.

Untuk memilih Biden atau Trump dalam isu Palestin , hakikatnya kedua-duanya adalah pembunuh rakyat Palestin. Israel akan terus kukuh di bawah salah satu daripada mereka.

AS bersubahat dengan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai Israel. Walaupun wujud undang-undang di AS mengenai pengharaman penjualan senjata dan pemindahan ke negara yang melaksanakan pelanggaran undang-undang antarabangsa, namun Israel tetap terkecuali dan diberi kebebasan mengatasi undang-undang oleh AS.

Resolusi UNSC 2728 kini mesti dikuatkuasakan dengan menghantar pasukan penjaga keamanan jika Israel gagal mematuhi gencatan senjata segera.

Resolusi itu tidak bermakna jika ia tidak dipaksa keatas Israel untuk menghentikan serangannya di Gaza .

Piagam PBB memberikan Majlis Keselamatan tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, Majlis boleh menubuhkan operasi keamanan PBB.

Masyarakat dunia mesti mengambil peluang untuk mendesak gencatan senjata kekal dan menamatkan kepungan.

Pada hakikatnya resolusi gencatan senjata itu sudah lama tertangguh. Beribu-ribu terkorban dan cacat. Ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.

Bagaimanapun kami berpendirian bahawa resolusi itu masih penting. Lebih penting ialah memastikan ia dilaksanakan sepenuhnya.

Sekarang adalah masanya untuk meluluskan satu lagi resolusi untuk gencatan senjata kekal yang melangkaui tarikh akhir Ramadan.

Jangka masa untuk berhenti perang selama hampir dua minggu untuk memberi Gaza peluang bernafas bagi mendapatkan akses kepada bantuan kemanusiaan masih tidak mencukupi. Tempuh gencatan senjata hingga berakhir Ramadan sama sekali tidak mencukupi untuk melindungi nyawa warga Gaza. Gencatan senjata kekal adalah satu-satunya cara.

UNSC perlu mengadakan satu lagi sesi untuk membincangkan ke arah mengujudkan keamanan yang berkekalan.

Adalah tidak boleh diterima untuk skala kemusnahan sedemikian besar untuk membenarkan Israel meneruskan serangan selepas tempuh gencatan tamat.

Hakikat bahawa tentera Israel masih berada di wilayah Gaza, gencatan sementara tidak akan membantu untuk menamatkan pencerobohan Gaza.

Usaha Rusia untuk memasukkan klausa “gencatan kekal” dalam teks resolusi 2728 tetapi ditolak oleh AS adalah mesej yang jelas bahawa Israel diberi legitimasi dan sewenangnya oleh AS untuk meneruskan operasi serangan menyasarkan semua 2.3 juta penduduk Gaza kerana Israel mentakrifkan semua warga Gaza adalah Hamas.

Adalah sia-sia untuk menjangkakan Israel akan mematuhi resolusi untuk keamanan yang berkekalan memandangkan resolusi itu mengehadkannya kepada gencatan senjata sementara 2 minggu sahaja.

MAPIM menyeru masyarakat Antarabangsa untuk menekan UNSC bagi mempercepatkan pematuhan sepenuhnya kepada resolusi itu.

17 tahun sekatan haram ke atas Gaza tidak boleh diteruskan. Hakikat bahawa Gaza telah bertukar menjadi penjara terbuka terbesar di dunia, menjelaskan mengapa Israel berhasrat untuk menyelesaikan matlamat untuk mengosongkan Gaza sepenuhnya melalui kempen ketenteraannya .

MAPIM menuntut AS berhenti mempersenjatai Israel. AS mencerminkan amalan double standard dan hipokrasi pada tahap tertinggi, menjadikan ia hilang wibawa moral untuk berkempen kepada mana-mana negara mengenai hak manusia dan demokrasi .

 

Related Articles

Back to top button