KerohanianSemasa

MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

KAJANG: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Isnin telah menganjurkan program selawat secara berjemaah ‘Ibrah & Penghayatan Peristiwa Di Sebalik Hijrah & Hari Asyura’ siri pertama dengan kehadiran istimewa Y.M Habib Mahdi Al-Hamid dan Al Fadhil Ustaz Ahmad Syawal Abu Uwais di Ummah Hall, Bandar Bukit Mahkota.

kumpulan Qasidah –  Ashabul Khidmat
Ahli cilik kumpulan Ashabul Khidmat

Turut menyerikan Majlis Ummah Berselawat ini adalah kumpulan Ashabul Khidmat yang mengiringi alunan qasidah syair Arab memuji Nabi Muhammad SAW.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al-Kahery, tujuan Majlis Ummah Berselawat yang terbuka kepada semua ini diadakan adalah untuk jemaah segarkan kembali ingatan tentang kisah perjuangan Rasulullah SAW, sentiasa memuji baginda serta menghayati penggembaraan Nabi Muhammad SAW.

Dalam temubual bersama UmmahToday, beliau menyatakan keyakinan bahawa kaedah ‘healing‘ sebegini akan diteruskan ke siri-siri berikutnya dalam skala kecil, sederhana mahupun besar dengan harapan jemaah akan sentiasa rapat dan merasai dekat dengan baginda Rasulullah SAW tidak mengira melalui program anjuran MAPIM Malaysia atau mana-mana organisasi agar dapat sama-sama pencinta Nabi Muhammad SAW berhimpun berselawat bersama-sama.

healing zaman kini ada macam-macam, tapi kita ada kaedah healing yang tersendiri dan ini healing yang paling best kerana jemaah yang menyertai pada akhirnya akan rasa ketenangan dan kepuasan seolah mencapai katarsis (kelegaan emosi (perasaan), kelega­an daripada ketegangan – Kamus Dewan Edisi Ke-4)”, kata beliau.

Bagi Al Fadhil Ustaz Ahmad Syawal Abu Uwais, beliau mengharapkan agar pihak MAPIM Malaysia berterusan menganjurkan majlis sebegini agar ia menjadi asbab membantu masyarakat serta umat Islam di dalam serta luar negara disamping memupuk semangat Mahabbah (pengorbanan, perjuangan, takwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab).

Ustaz Ahmad Syawal Abu Uwais

Baginya, tujuan maulid adalah untuk sebarkan Mahabbah, untuk sama-sama zahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dengan harapan asbab itulah membuka hati umat Islam bersatu dalam bersedekah, berinfak, membantu orang yang memerlukan seperti yang dianjurkan melalui sunnah baginda Rasulullah SAW.

“Hari ini kita buat majlis selawat di MAPIM, dapat menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Moga-moga menjadi asbab bagi semua masyarakat yang hadir dan juga di online dapat menzahirkan perasaan kasih dan cinta“.

“Program sebegini sememangnya banyak diadakan, Maulid ni jadi trending semua orang nak hadir. Jadi bagus, kita men-trendingkan Rasulullah. Kita trendkan Rasulullah semoga umat disekeliling kita dapat pautan yang betul-betul kukuh dan sama-sama menyebarkan syiar Islam”, ujar Ustaz Ahmad Syawal.

Program Majlis Ummah Berselawat ‘Ibrah & Penghayatan Peristiwa Di Sebalik Hijrah & Hari Asyura’ siri pertama itu telah bermula jam 7 petang sehingga 12 malam dipenuhi dengan pelbagai pengisian rohani dan perkongsian sirah Nabi Muhammad SAW.

YM Habib Mahdi Al-Hamid

Kehadiran Y.M Habib Mahdi Al-Hamid atau nama sebenarnya Mahdi bin Abu Bakr bin Mahdi Al Hamid ulama yang bernasab dengan Rasulullah SAW galur keluarga Al Hamid dari Yaman ternyata melengkapi malam pengisian rohani jemaah yang hadir apabila beliau dengan fasih menyampaikan ceramahnya dalam Bahasa Melayu.

Hadirin turut berkesempatan untuk mengaminkan setiap doa bacaan Y.M Habib Mahdi serta bersolat berjemaah bersama-sama di penghujung majlis.



Majlis Ummah Berselawat ini adalah hasil daripada gerak usaha aktivis MAPIM Malaysia yang diketuai Ustaz Muhammad Fakhruddin Zainol dan Ustaz Sabhan Iman melalui  panduan dan contoh tauladan Ketua Pegawai Eksekutif, (Dr) Sani Araby Al-Kahery serta pimpinan MAPIM Malaysia.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button