Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
BANGI : Baru-baru ini kita dapat menyaksikan ramai selebriti wanita tanah air mula tampil mengenakan hijab. Alhamdulillah.
Ini merupakan berita yang cukup menggembirakan untuk umat Islam kerana ia mampu meluaskan sayap dakwah dan syiar Islam itu sendiri.
Artis tersebut bukan sahaja mengenakan pakaian yang menutup aurat, malah, ada yang sudah pun mula ‘berjinak’ memasuki kelas agama dan kembali belajar tajwid dan tafsir.
Tulisan ini bukanlah niat untuk memuja atau taasub atas pencapaian mereka, tetapi bagi menyebarkan berita positif dan ambillah hikmah daripadanya.
Penghijrahan mereka ini secara tidak langsung dapat mengajak masyarakat Islam Malaysia di luar sana untuk bersama mentaaati perintah agama.
Sememangnya sejak pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, ia telah menjentik hati ramai wanita untuk mengikuti jejak langkah beliau.
SubhanaAllah!
Besar sungguh impak ‘influence’ seseorang individu kepada masyarakat sekitar.
Inilah bukti ‘influencer’ mampu mengajak orang lain ke arah kebaikan.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kita semua mampu istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan suruhan Maha Pencipta.
Oleh Nurshazlin Shahrom