DuniaSemasa

Mangsa gempa enggan keluar dari runtuhan tanpa hijab

KAHRAMANMARAS : Seorang wanita Turkiye enggan keluar dari bawah runtuhan rumah keluarganya yang musnah akibat gempa bumi yang dahsyat pada Isnin di bandar Gaziantep, tanpa bertudung.

Ketika pasukan penyelamat cuba menyelamatkan ibu dan tiga anaknya, wanita itu meminta dia diberikan tudung dahulu.

Wanita itu diberikan tudung selepas itu dia melangkah keluar sambil menutup kepalanya. Dia merangkak keluar dengan bantuan penyelamat, yang cuba menenangkannya sepanjang masa selepas memenuhi keinginannya.

Gempa bumi yang kuat melanda Turkiye dan Syria telah mengakibatkan angka kematian melebihi 33,000 ketika usaha menyelamat masih diteruskan.

Jumlah kematian di Turkiye telah meningkat kepada 29,605 pada hari Ahad, manakala lebih 4,500 orang telah meninggal dunia di Syria.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button