KAHRAMANMARAS: Angka kematian gempa Turkiye-Syria semakin meningkat setiap jam apabila semakian ramai mangsa yang ditemui oleh pasukan penyelamat.
Sekurang-kurangnya lebih 6,000 orang telah meninggal dunia di Turkiye manakala lebih 2000 telah meninggal dunia di Syria.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersedia untuk pergi ke bandar Pazarcik, berhampiran pusat gempa, dan ke wilayah Hatay yang paling teruk dilanda pada hari Rabu, lapor akhbar berkaitan.
Once again, another miracle….. a child rescued after more than 40 hours of being trapped under the rubble of her house in the city of #Salqin in the countryside of #Idlib, #Syria yesterday, February 7.#SyriaEarthquake #earthquake pic.twitter.com/R7kRsNZFEG
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 8, 2023
Ramai mangsa yang terselamat di Turkiye terpaksa tidur di dalam kereta, di luar atau di tempat perlindungan kerajaan.
A man was rescued alive from under the rubble of destroyed buildings in the city of Salqin, west of #Idlib, more than 24 hours after the violent #earthquake that struck northwestern regions of #Syria. Many still remain trapped. Response efforts are ongoing. pic.twitter.com/ZzqAoL0KQA
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 7, 2023
“Kami tidak mempunyai khemah, kami tidak mempunyai dapur pemanas, kami tidak mempunyai apa-apa. Anak-anak kita dalam keadaan teruk. Kami semua basah di bawah hujan dan anak-anak kami kesejukan,” kata Aysan Kurt, 27, kepada AP.
“Kami tidak mati kelaparan atau gempa bumi, tetapi kami akan mati kedinginan kerana kesejukan.”
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia